Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia
Mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan oleh MPM baru-baru ini, mereka menjangkakan Projek Uptown Maharani akan siap pada pertengahan bulan November 2012 bagi fasa pertama, iaitu yang menghubungkan Jalan Maharani dan Jalan Abdullah. Sedikit gambar yang sempat saya tangkap pada 25 Oktober 2012.
 |
Kelihatan skrin besar telah dipasang dihadapan laluan masuk Uptown Maharani |
 |
Lantai bata pun sudah siap dipasang |
Semoga projek ini dapat disiapkan seperti yang dirancangkan dan dapat disiapkan sebelum DYMM Sultan Johor mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Diraja Johor Rasmi pada harikeputeraan Baginda November ini. Bagi fasa yang lain, saya sangat-sangat berharap ianya dapat diteruskan pembinaan dan pihak MPM dapat menyelesaikan masalah bantahan yang ditimbulkan peniaga-peniaga Cina di jalan sini dengan penyelesaian menang-menang untuk semua pihak.
Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment